Latarbelakang Perang Seminole Kedua

Kumpulan dari pelbagai puak di tenggara Amerika Syarikat telah berpindah ke kawasan yang tidak berpenghuni di Florida pada abad ke-18. Ini termasuk puak Alabama, Choctaw, Yamasee, Yuchi dan puak Creek. Puak Creeks adalah kumpulan terbesar, dan termasuk Lower Creeks dan Upper Creeks, dan kedua penutur Hitchiti- dan Muscogee. Satu kumpulan penutur Hitchiti, Mikasuki, mendiami sekitar kawasan apa yang dikenali sebagai Tasik Miccosukee berhampiran Tallahassee, Florida. Satu lagi kumpulan penutur Hitchiti mendiami sekitar Prairie Alachua yang kini dikenali sebagai Alachua County, Florida. Pihak Sepanyol di St. Augustine, Florida mula memangil Alachua Creeks Cimarrones, yang secara kasar bererti "yang liar " atau "pelarian", dan kemungkinannya asal gelaran "Seminole". Nama ini kemudiannya digunakan kepada kumpulan lain di Florida, sungguhpun Penduduk Pribumi Amerika masih menganggap diri mereka sebagai puak berlainan. Kumpulan lain di Florida pada masa Perang Seminole termasuk "Indian Sepanyol ", digelar sebegitu kerana dipercayai mereka merupakan keturunan dari Calusa, dan "Indian rancho", orang dengan leluhur Peribumi Amerika, kemungkinannya kedua-dua Calusa dan Creek, dan campuran leluhur Peribumi Amerika/Sepanyol, tinggal di kem Sepanyol/Cuba di persisiran Florida.[7]

Amerika Syarikat dan Sepanyol bertikai mengenai Florida selepas Perjanjian Paris (1783) menamatkan Perang Kemerdekaan Amerika dan memulangkan Florida Timur dan Florida Barat kepada kawalan Sepanyol. Amerika Syarikat mempertikaikan sempadan Florida Barat (yang telah ditetapkan semasa jajahan tersebut berada di bawah kawalan United Kingdom) dan menuduh pihak berkuasa Sepanyol sebagai gagal mengekang masyarakat Peribumi Amerika Syarikat yang tinggal di Florida dari menjarah masuk Amerika Syarikat, dan melindungi hamba yang melarikan diri. Bermula dari 1810 Amerika Syarikat menduduki dan mengambil bahagian Florida Barat. Pada tahun 1817 Andrew Jackson meminpin penjajahan Florida, peristiwa yang dikenali sebagai Perang Seminole Pertama. Amerika Syarikat kemudiannya mengambil Florida dari Sepanyol melalui Perjanjian Adams-OnĂ­s dan mengambil hak milik pada tahun1821. Kini Florida kepunyaan Amerika Syarikat, Seminoles sekali laji merupakan masalah bagi pihak kerajaan. Pada tahun 1823 kerajaan merunding Perjanjian Moultrie Creek dengan Seminoles, menubuhkan tanah simpan bagi mereka di tengah negeri. Enam ketua, bagaimanapun, dibenarkan mengekalkan kampong mereka sepanjang sungai Apalachicola.[8]

Puak Seminoles perlahan-lahan menetap di tanah simpan, sungguhpun terdapat pertikaian terpencil dengan kulit putih. Kol. (kemudian Jen.) Duncan Lamont Clinch dilantik memimpin unit tentera di Florida, Fort King di bina berhampiran agensi tanah simpan, di tapak masa kini Ocala, dan pada awal tahun 1827 pihak tentera dapat melaporkan bahawa Seminoles berada di tanah simpan dan Florida adalah aman. Keamanan ini berlangsung selama lima tahun, semasa itu terdapat desakan berulang bagi menghantar puak Seminoles ke barat Mississippi. Puak Seminoles menentang sebarang tindakan sedemikian, dan terutamanya terhadap cadangan mereka menyertai saudara Creekmereka. Kebanyakan orang kulit putih menganggap Seminoles sebagai Creeks yang baru berpindah ke Florida, sementara Seminoles mendakwa Florida sebagai rumah mereka dan menafikan mereka memiliki sebarang kaitan dengan puak Creeks.[9]

Perjanjian Moultrie Creek memberikan kawasan simpan di tengah Florida bagi puak Seminoles.

Status hamba yang melarikan diri merupakan pergeseran yang berterusan antara Seminoles dan kulit putih. Seminoles dan penangkap hamba sering bertelingkah mengenai hakmilik hamba. Ladang baru di Florida meningkatkan jumlah hamba yang boleh melarikan diri ke pihak Seminoles. Bimbang mengenai kemungkinan kebangkitan puak Indian dan/atau kebangkitan hamba, Gobenor DuVal meminta tambahan tentera persekutuan bagi Florida.Sebaliknya, Fort King telah ditutup pada tahun 1828. Puak Seminoles, kekurangan makanan dan mendapati pemburuan semakin sukar di tanah simpan, mula merayau darinya lebih kerap. Jupga pada tahun 1828, Andrew Jackson, musuh lama puak Seminoles, dilantik sebagai Presiden Amerika Syarikat. Pada tahun 1830 pihak kongres meluluskan Akta Pemindahan Indian. Semua masalah dengan puak Seminoles akan diselesaikan dengan memindahkan mereka ke barat Mississippi.[10]

Perjanjian Payne Landing

Pada musim bunga 1832 puak Seminoles di tanah simpan di panggil bagi perjumpaan di Payne's Landing di Sungai Oklawaha. Perundingan perjanjian itu menetapkan bahawa Seminoles berpindah ke barat, jika tanah di situ didapati sesuai. Mereka akan ditempatkan di tanah simpan Creek dan menjadi sebahagian puak Creek. Perwakilan tujuh Ketua yang akan memeriksa tanah simpan baru tidak meninggalkan Florida sehingga Oktober 1832. Selepas mengelilingi kawasan tersebut selama beberapa bulan dan berbincang dengan puak Creeks yang telahpun menetap di situ, pada 28 Mac 1833 tujuh ketua menandatangani kenyataan yang menyatakan bahawa tanah baru itu boleh diterima. Bagaimanapun, apabila kembali ke Florida, kebanyakan Ketua menolak kenyataan tersebut, mendakwa bahawa mereka tidak menandatanganinya atau mereka telah dipaksa menanda tanganinya, dan dalam apapun, mereka tidak memiliki kuasa bagi membuat keputusan bagi kesemua puak dan kumpulan yang menduduki tanah simpan. Malah sesetengah pegawai Tentera mendakwa bahawa Ketua-Ketua tersebut telah "dibuli dan ditekan untuk tanda tangan." Tambahan lagi, "terdapat bukti penipuan oleh orang kulit putih dalam cara perjanjian itu dikarang."[11] Bagaimanapun, kampung di kawasan Sungai Apalachicola lebih mudah dipujuk, dan berpindah ke Barat pada 1834.[12]

Pemandangan kampong Seminole menunjukkan kabin batang balak yang didiami mereka sebelum gangguan Perang Seminole Kedua.

Amerika Syarikat akhirnya mengesahkan Perjanjian Payne's Landing pada April 1834. Perjanjian tersebut memberikan puak Seminoles tiga tahun untuk berpindah ke barat Mississippi. Kerajaan menafsirkan tiga tahun ini bermula dari 1832, dan menjangka puak Seminoles untuk berpindah sepenuhnya menjelang tahun 1835. Kubu Fort King dibuka semula pada tahun 1834. Agen Seminole baru, Wiley Thompson, telah dilantik pada tahun 1834, dan ditugaskan bagi memujuk puak Seminoles untuk berpindah diserahkan kepadanya. Dia memanggil Ketua-ketua Seminoles berunding di Fort King pada Oktober 1834 untuk berbincang dengan mereka mengenai pemindahan ke Barat. Ketua-ketua Seminoles memberitahu Thompson bahawa mereka tiada niat untuk berpindah, dan mereka tidak merasa terikat dengan Perjanjian Payne's Landing. Sehunung dengan itu, Thompson kemudian meminta bantuan sokongan bagi Fort King dan Fort Brooke, dengan melaporkan bahawa, "puak Indianmembeli sejumlah besar Ubat Bedil dan Timah Hitam selepas menerima bantuan Tahunan. Jeneral Clinch turut memberi amaran kepada Washington bahawa puak Seminoles tiada niat untuk berpindah, dan lebih ramai tentera diperlukan bagi memaksa mereka berpindah. Pada bulan Mac 1835 Thompson memanggil Ketua-ketua untum membaca surat dari Presiden Andrew Jackson kepada mereka. Dalam suratnya, Jackson berkata, "Jika anda... enggan berpindah, saya I akan memberitahu pegawai Pemerintah untuk memindahkan anda dengan paksaan." Ketua-ketua meminta tiga puluh hari untuk menjawap. Sebulan berikutnya, ketua-ketua Seminole memberitahu Thompson bahawa mereka tidak akan berpindah ke barat. Thompson dan ketua-ketua Seminole mula bertengkar, dan Jeneral Clinch terpaksa campur tangan bagi mengelakkan pertumpahan darah. Akhirnya, lapan Ketua bersetuju untuk berpindah ke barat, tetapi meminta pemindahan itu ditangguhkan sehinga akhir tahun, dan Thompson dan Clinch bersetuju.[13]

Lima ketua Seminole paling penting, termasuk Micanopy dari Seminoles Alachua, menentang pemindahan tersebut. Sebagai tindak balas, Thompson mengistiharkan bahawa ketua-ketua tersebut disingkir dari kedudukan mereka. Ketika hubungan dengan Seminoles merosot, Thompson melarang penjualan senapang dan peluru kepada mereka. Seorang pahlawan muda, Osceola yang mula disedari oleh orang kulit putih, terutamanya amat marah dengan larangan tersebut, merasakan ia menyamakan Seminoles dengan hamba dan berkata, "Orang kulit putih tidak akan membuat saya hitam. Saya akan membuat orang kulit putih merah dengan darah; dan kemudian menghitamkan mereka dengan matahari dan bulan ... dan burung buzzard hidup dengan daging mereka." Sungguhpun begitu, Thompson menganggap Osceola sebagai kawan dan memberikannya rifle. Bagaimanapun, kemudian, apabila Osceola mencetus kekacauan, Thompson membiarkannya ditahan di Fort King selama semalaman. Pada keesokkan harinya, agar dapat membebaskan dirinya, Osceola bersetuju untuk mematuhi Perjanjian Payne's Landing dan membawa pengikutnya sama.[14]

Keadaan menjadi semakin buruk apabila sekumpulan kulit putih menyerang beberapa orang Indian yang sedang duduk di keliling unggun api. Dua orang Indian Merah tiba semasa serangan dan menembak kearah orang kulit putih. Tiga kulit putih cedera dan seorang Indian Merah terbunuh dan seorang cedera. Pada Ogos 1835, Prebet Kinsley Dalton (yang mana Dalton, Georgia dinamakan sempena namanya) dibunuh oleh Seminoles ketika membawa surat dari Fort Brooke ke Fort King. Pada November, Ketua Charley Emathla, tidak mahu terbabit dalam perperangan, membawa pengikutnya kearah Fort Brooke di mana mereka akan menaiki kapal untuk pergi ke barat. Ini di anggap khianat oleh Seminoles lain. Osceola bersemuka dengan Charlie Emathla di denai dan membunuhnya.[15]

Rujukan

WikiPedia: Perang Seminole Kedua http://www.palmbeachpost.com/news/content/local_ne... http://digitalcollections.fiu.edu/tequesta/files/1... http://www.history.army.mil/books/AMH/AMH-07.htm http://www.history.army.mil/books/AMH/amh-toc.htm http://www.history.navy.mil/wars/foabroad.htm http://web.archive.org/web/20070206182835/http://w... http://www.archive.org/details/soldiersofflorid00f... http://voneresearch.org/?pageID=maritime_history/c... http://replay.waybackmachine.org/20070624185615/ht... http://replay.waybackmachine.org/20070926204424/ht...